fbpx

Heroin RM789 juta dari Malaysia dirampas pihak berkuasa Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 336 kilogram heroin dalam kotena daripada Malaysia berjaya dirampas oleh pihak berkuasa Australia, 13 Mac lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan kejadian itu.

“Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia.

“Dadah tersebut dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Noorsiah, pihak JSJN Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berpandukan maklumat yang diterima daripada pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Terdahulu, laman berita dari Australia melaporkan Polis Persekutuan Australia merampas sejumlah dadah daripada yang cuba diseludup melalui laluan laut.

Dilaporkan, jumlah rampasan heroin yang cuba diseludup itu merupakan angka kedua terbesar bagi negara tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI