fbpx

Tiga lelaki dicekup belum sempat cari ‘duit raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN mercun yang dirampas daripada tiga lelaki di Batu Pahat, semalam dan pagi tadi.

BATU PAHAT – Hasrat tiga lelaki warga tempatan untuk mencari ‘duit raya’ dengan menjual mercun tanpa lesen akhirnya membawa padah selepas ditahan polis dalam dua kejadian berasingan di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, penahanan pertama berlaku kira-kira pukul 11.30 malam semalam melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di tepi Tasik Merdeka, Bukit Pasir, di sini.

Katanya, dua lagi lelaki masing-masing berusia 28 dan 39 tahun ditahan pada pukul 2 pagi semasa sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Laboh, di sini.

Jelasnya, kedua-dua suspek dicekup selepas kereta Produa MyVi yang dinaiki mempunyai muatan mercun dan bunga api dan pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak mempunyai permit menjual mercun seperti ditetapkan.

“Kedua-dua kes di siasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukan denda boleh sampai RM 10,000 atau penjara boleh sampai 7 tahun tahun atau kedua-duanya jika di sabitkan kesalahan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI