fbpx

Suami cemburu tikam isteri sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Angkara cemburu, seorang wanita maut akibat ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit  telah menikam mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan tersebut.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), namun telah disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ketika kejadian dikatakan sedang membantu kakaknya berniaga sayur di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek.

“Suspek kemudiannya bertindak menikam beberapa kali di bahagian belakang mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa yang parah terus dibawa ke hospital menggunakan ambulans, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.21 petang.

“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya memberkas suspek di Jalan Kepayan pada pukul 8.30 malam tadi,” katanya.

Menurutnya, polis berjaya menyelesaikan kes tersebut tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian.

“Suspek warga asing itu kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI