fbpx

Orang ramai teruja Boss James belajar puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Boss James ketika berbelanja di bazar Ramadan hari ini.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Boss James telah memasuki tahun kedua dalam usahanya untuk cuba merasai pengalaman berpuasa.

Melalui satu video terbaharunya hari ini, Boss James membelanja wang sebanyak RM150 membeli juadah berbuka di sebuah bazar Ramadan di Selangor untuk dirinya dan kakitangan.

Menerusi video tersebut juga, dia cuba untuk merasa juadah berbuka orang Melayu dan belajar menyebut nama sebenar juadah-juada yang dibelinya.

Rata-rata orang ramai turut teruja melihat usahawan berbangsa Cina itu dalam usahanya untuk berpuasa seperti umat Islam yang lain.

“Boss James ni dia begitu rapat denga staff dia, dari segi percakapan dalam Bahasa Melayu juga dia amat lancar, semoga dibukakan rahmat untuk Boss James,” jelas Saifullah.

“Aku suka sangat lihat dia buat video-video macam ni, inilah Malaysia yang sebenarnya. Tak kira Melayu, Cina atau India kami semua suka antara satu sama lain,” jelas Zalisham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI