fbpx

Dua maut seorang parah Honda Civic rempuh 4 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 11 Jalan Batu Pahat - Kluang pukul 12.50 tengah malam tadi.

BATU PAHAT – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar empat buah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pusat servis kereta di Kilometer 11 Jalan Batu Pahat – Kluang, di sini tangah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu melibatkan pemandu kereta Honda Civic, Teo Kai Hong, 22, Marcus Teo Howe Yue,19, dan Lim Zi Xiang,19.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari bandar Batu Pahat menuju ke arah Sri Gading dengan menaiki sebuah kenderaan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh empat buah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pusat servis kereta.

“Ia menyebabkan pemandu kenderaan, Teo Kai Hong manakala Marcus Teo Howe Yue yang duduk di kerusi penumpang belakang tersepit di tempat duduk masing namun disahkan meninggal dunia dilokasi selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Penggaram,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, Lim Zi Xiang yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kenderaan parah dan ketiga-tiga mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan dan proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar,” Katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI