fbpx

Lagak santai gajah di Gerik, siap langkah ‘divider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan gajah itu berkeliaran di jalan Gerik baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lagak seekor gajah dewasa berkeliaran di atas jalan raya di Gerik yang lengang mendapat perhatian ramai.

Video dimuat naik di akaun TikTok @Afzairejeri berdurasi kira-kira dua minit memaparkan gajah tersebut sedang berjalan-jalan santai di tepi dan tengah jalan.

“Pandainya dia jalan sorang-sorang, tak langgar tiang pun, biasanya akan main redah je,” kata Ida.

“Itulah, siap pandai langkah ‘divider’ jalan tu,” sampuk Vanila.

Menurut pemilik akaun tersebut, gelagat haiwan itu dirakam dengan menggunakan teknologi dron, menjadikan telatah gajah itu terlihat lebih jelas.

Malah lebih mengasyikkan suasana persekitaran yang diikuti kicauan burung-burung membuatkan penonton suka dan berasa seperti di dalam hutan.

“Cantik video ni, dengan sedap bunyi burung Murai,” ujar @Wae.

“Rakam guna dron apa ni, ‘clear’ betul video lepastu best lah dengar bunyi hutan,” kata @Mior.

“Itulah, kita ni bertuah sebab masih ada hidupan liar macamni dalam hutan kita. Kena sama-sama jaga mereka supaya mereka tidak pupus,” nasihat @MrClark. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI