fbpx

Bumbung rumah tercabut ketika masak untuk berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khamis Yaakop menunjukkan bumbung rumahnya tercabut akibat angin ribut yang melanda di Kampung Parit 2 Selinsing hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BAGAN SERAI – “Habis semua juadah masakan untuk berbuka puasa”.

Demikian kata Zainah Salleh,49,ketika menceritakan detik cemas bumbung rumahnya tercabut keseluruhannya ketika angin ribut melanda di Kampung Parit 2 Selinsing Bagan Serai pada jam kira -kira 4.20 petang hari ini.

Menurut Zainah,ketika kejadian berlaku,dia sedang memasak dibahagian dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

“Pada masa itu angin memang bertiup kuat,dibahagian bumbung berbunyi seperti bergetar.

“Secara tiba -tiba sahaja bumbung mula tercabut dan saya amat cemas,anak -anak saya terus menarik tangan lalu kami sekeluarga berlari masuk ke bahagian bawah rumah.”katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Idris Ahmad dirumahnya di Kampung Parit 2 Selinsing Bagan Serai disini hari ini

Suaminya, Khamis Yaakop, 56, berkata, angin kuat mula bertiup dibahagian sisi kanan rumah.

“Tak lama selepas itu angin kencang datang dari arah kiri dan kali ketiganya datang dari arah belakang rumah menyebabkan bumbung rumah tercabut. Isteri dan anak -anak berlari masuk kebahagian bawah rumah untuk berlindung,”katanya

Dia yang baharu berhenti kerja dari syarikat swasta berkata, ia merupakan kejadian pertama berlaku di kediamannya.

Sementara itu, sebanyak 14 buah rumah di 9 buah kampung, di sini dilaporkan telah terjejas akibat angin ribut.

Antaranya melibatkan sebuah rumah di Kampung Selinsing, Kampung Tebuk Haji Dollah (3), Kampung Parit 4 (1), Kampung Parit 1 (3), Kampung Parit 2 (1), Kampung Simpang 4 (1), Kampung Sungai Baru (2), Kampung Jalan Gula (1) dan sebuah rumah di Kampung Dew. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI