fbpx

20 lokasi sekitar Cyberjaya, Puchong terjejas ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai yang rosak akibat dibadai ribut di sekitar Pulau Meranti dan Putra Perdana tadi. FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

SEPANG – Lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2, di sini terjejas akibat ribut petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, beliau telah menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan segera termasuk mengenalpasti kerosakan.

“Saya telah menghubungi Jawatankuasa Bencana Pejabat Daerah Tanah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya supaya segera ke lokasi kejadian.

“Insya-Allah, saya akan salurkan bantuan sewajarnya. Semoga kita semua sentiasa selamat dan kekal dalam lindungan Tuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Adhif berkata, beliau bersimpati dengan semua yang terkesan dan berharap penduduk dapat bersabar dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini tiada laporan diterima daripada penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI