fbpx

[VIDEO] Misteri ikan puyu naik ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan ikan puyu sedang merayap di rimbunan dedaun dan rumput.

PETALING JAYA- Tular satu video memaparkan beberapa ekor ikan puyu naik ke darat mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Wan, sebahagian orang ramai mendakwa beberapa ekor ikan tersebut didakwa sedang mencari tempat persembunyian ketika musim panas.

“Ikan puyu ni sama macam ikan haruan, memang tahan lama atas darat. Cari tempat sembunyilah tu bila tengah panas-panas,” ujar Rosmawati.

Di dalam video tersebut juga memaparkan gelagat ikan-ikan itu merayap dengan pergerakan seakan-akan sedang ‘berenang’ di rimbunan dedaun kering dan rumput yang jarang seterusnya menjadikan gelagat haiwan itu sangat mencuit hati.

“Siap beratur tu, bukan main dah macam satu keluarga,” seloroh Accel.

“Ikan puyu pindah kawasan ni, seharian ada kat darat pun boleh hidup lagi,” kata NoMercy. KOSMO! ONLINE

@ewan1251 misteri ikan darat… kejadian berlaku selepas hujan lebat… #ikanDarat #misteri #14ramadhan #fyp #fypシ ♬ original sound – putriariani

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI