fbpx

Lelaki bakar rumah bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa yang dicampak minyak dan dibakar seorang lelaki dipercayai bekas kekasih anaknya di Taman Taming Jaya, Kajang, awal pagi tadi.

KAJANG – Gara-gara putus dengan kekasih, seorang lelaki bertindak membaling minyak tanah dan menyebabkan berlakunya kebakaran di sebuah rumah keluarga bekas teman wanitanya di Taman Taming Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut diterima pihaknya berkaitan sebuah rumah yang telah terbakar sekitar pukul 3.44 pagi tadi.

“Hasil siasatan dan maklumat diperoleh, kejadian ini berpunca daripada tindakan seorang lelaki yang tidak dikenali membaling sesuatu bahan disyaki minyak tanah hingga menyebabkan kebakaran.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun menyatakan semasa kejadian berlaku, dia sedang tidur di dalam rumah dan mendengar ada orang memanggil namanya dalam keadaan cemas.

“Apabila mangsa membuka pintu rumah mendapati api sedang marak di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, siasatan mendapati suspek mencurahkan cecair disyaki minyak di dalam kawasan pagar rumah mangsa dan kemudian melemparkan api sehingga marak dan berlaku letupan kecil.

Katanya, siasatan awal dipercayai berpunca daripada saspek yang merupakan bekas teman lelaki anak mangsa yang kerap datang mengugut dan mengganggu di hadapan rumah.

“Rentetan kejadian ini, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah.

“Saspek yang telah dikenal pasti adalah lelaki berusia lingkungan 45 tahun. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Tegas Mohd. Zaid, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus mengubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Maria Levoh di talian 019-6080588 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI