fbpx

Lagu raya Aliff Syukri terima pujian, trending No. 6 di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video klip lagu raya baharu 'Chu Ku Chuk Raya' yang kini trending di YouTube.

PETALING JAYA – Lagu raya terbaharu Datuk Aliff Syukri berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’ dihujani pujian peminat selepas dimuat naik di saluran YouTube miliknya semalam.

Lebih mengejutkan, lagu tersebut turut meraih kedudukan trending di tangga keenam meskipun baru sehari di muat naik.

Difahamkan, pencipta lagu itu merupakan komposer terkenal, Azmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Amy Ukays.

Berbanding sebelum ini ketika promosi lagu berkenaan, kali ini rata-rata banyak pujian (secara sinis) diberikan kepada Aliff Syukri.

“Tahniah, lagu, lirik dan irama memang ‘best’ didengari. Terima kasih beri ‘job’ (kerja) pada tiga orang kelainan upaya (OKU). Awak memang prihatin. Cuma pakaian penari tak bersesuai,” kata Emyrul.

“Saya nak beri sokongan kepada penyanyi nombor satu Malaysia yang baharu. Tahniah Datuk bawa nama Malaysia ke pelosok dunia,” ujar Hairwan.

“Sebenarnya, sedap je lagu ini. Rentak lagu memang senang nak masuk ‘mood’ raya. Boleh layan masa balik kampung. Setiap tahun, memang tertunggu lagu raya Datuk,” jelas Syada.

Sehingga kini, video klip lagu raya terbabit telah mendapat lebih 224,000 tontonan dengan 4,800 tanda suka serta 3,100 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI