fbpx

Wanita bibir paling besar sukar cari pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ivanova meneruskan prosedur pembesaran bibir dan tulang pipi supaya menjadi lebih besar. - mediadrumimages/AndreaIvanova

SOFIA, Bulgaria – Seorang wanita di Bulgaria yang memiliki bibir paling besar di dunia menceritakan kesukarannya untuk mencari pasangan hidup, lapor akhbar Daily Star.

Andrea Emilova Ivanova, 25, membelanjakan hampir £20,000 (RM109,605) untuk menjalani 43 prosedur mengubah bentuk badan. Dia telah mendapatkan empat suntikan asid hyaluronik pada tulang pipinya baru-baru ini.

Ivanova  melakukan beberapa prosedur rutin dalam sebulan untuk mengekalkan gelaran memiliki bibir terbesar di dunia. Dia meneruskan prosedur itu kerana masih tidak berpuas hati dengan saiz bibirnya.

Dalam mencari pasangan hidup, pesohor media sosial itu sanggup menyertai rancangan realiti televisyen seperti The Bachelor.

“Saya seorang gadis dengan penampilan yang berbeza dan mewah dan ini pelik bagi ramai lelaki. 

“Memang ramai lelaki yang sangat menyukai saya, tetapi ada juga sebaliknya.

“Mereka fikir saya pelik dan gila,” katanya.

Walaupun Ivanova sanggup mengambil risiko dengan menyertai rancangan untuk mencari lelaki idamannya, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi.

“Saya meneruskan pembesaran tulang pipi kerana saya mahu mencapai ‘kesan wow’ dan saya mahu ia menjadi sebesar bibir saya.

“Bibir saya sekarang kelihatan sangat kecil dan saya mahu mempunyai bibir yang jauh lebih besar daripada apa yang saya miliki sekarang,” jelas Ivanova. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI