fbpx

Raja Muda Selangor berkenan lakukan Ziarah Ramadan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah bergambar bersama penghuni di Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor kelmarin.

PETALING JAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli melakukan Ziarah Ramadan 2023 serta program gotong-royong di Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor kelmarin.

Keberangkatan baginda itu turut diiringi Ahli Lembaga Pengarah Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut sama melakukan aktiviti gotong-royong di rumah kebajikan tersebut.

Program Ziarah Ramadan 2023 itu adalah anjuran Selangor Youth Community (SAY) bersama Yayasan Raja Muda Selangor serta rakan penaja utama dari Worldwide Holdings dan syarikat pakaian, Starviilon.

Menurut SAY, program itu merupakan satu platform bagi Worldwide Holdings dan Starvilion menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan agihan zakat dan bantuan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan.

Jelasnya, pengagihan sumbangan yang disempurnakan oleh Tengku Amir Shah tersebut turut memberi impak besar kepada komuniti Hulu Selangor.

“Sebanyak RM400 diberikan untuk setiap penerima, kotak makanan-makanan ruji bernilai RM100, dan pakaian raya yang ditaja oleh pihak Starvilion telah disalurkan kepada empat keluarga asnaf terpilih.

“Selain itu, mereka turut menerima bantuan baik pulih rumah yang telah siap sepenuhnya melalui sumbangan zakat daripada Worldwide Holdings yang bernilai sekurang-kurangnya RM1,500 setiap rumah.

“Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah juga menerima bantuan seperti pakaian raya, bantuan baik pulih, gotong royong, dekorasi pusat kebajikan, bantuan makanan ruji bernilai RM100 dan cek bernilai RM3,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut SAY berkata, seramai 40 kanak-kanak dan lima penjaga rumah kebajikan itu juga telah menerima bantuan tersebut.

“Pengagihan sumbangan ini turut diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Selangor yang diwakili oleh empat orang pegawai.

“Mereka telah menerima sebanyak 10 unit kerusi roda model ‘lightweight’ yang bernilai RM7,000 sumbangan Worldwide Holdings.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI