fbpx

Polis tahan lelaki hina institusi diraja di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis gara-gara memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja menerusi akaun Facebook ‘Tuk Chik’.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata lelaki warga tempatan berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, semalam.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini sehingga 9 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah turut menggesa orang ramai untuk tidak menggunakan media sosial sehingga boleh mendatangkan kegentaran kepada awam serta menggugat keharmonian negara terutama melibatkan 3R (Bangsa, Agama, dan Raja).

“Tindakan tegas akan tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI