fbpx

Malaysia kecam tindakan ganas askar Israel ceroboh Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab terbaharu askar rejim Israel menceroboh ganas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timus semalam.

Menerusi kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, ia berkata, aksi pasukan keselamatan negara haram itu adalah menyalahi undang-undang sejagat dan berbaur penghinaan.

“Mereka juga jelas mencabuli prinsip kebebasan di bawah hak asasi manusia global ke atas warga Palestin apabila bertindak di tempat ketiga suci bagi umat Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Malaysia turut menyeru komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk bertegas ke atas Israel.

“Rejim itu perlu bertanggungjawab susulan perlakuan jenayah berkenaan dan mendesak agar semua tahanan Palestin tersebut wajar dibebaskan dengan serta-merta,” tegasnya.

Masyarakat sejagat juga ujarnya, harus menuntut rejim Israel untuk menghentikan segera sebarang tindakan provokasi dalam memastikan kestabilan dan keamanan terus kekal.

Pada masa sama, Malaysia akan tetap bersolidariti dengan rakyat Palestin dan terus mengulangi pendirian supaya status Al-Quds Al-Sharif kekal sebagai tapak suci umat Islam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI