fbpx

Isteri Aliff Syukri bersalin anak ke-6, 15 jam bertarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDA selamat melahirkan anak keenamnya Isnin lalu.

PENGORBANAN seorang isteri dan ibu sangat besar apatah lagi ketika berada dalam fasa kehamilan yang seterusnya melalui proses melahirkan, semua itu tentu saja meninggalkan 1001 pengalaman.

Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd. Rashid itu antara wanita yang merasai tempoh panjang sehingga 15 jam di dalam bilik bersalin.

Selamat melahirkan bayi lelaki yang juga cahaya mata keenam pada Isnin lalu, menurut suaminya kelahiran kali ini dirasakan paling mencabar berbanding anak lain.

Bahkan Shahida turut menyatakan sudah mahu ‘tutup kilang’ biarpun Aliff berhasrat mempunyai 12 anak.

Mizz Lahar yang masih solo ini pun tiba-tiba rasa sayu melihat video perkongsian video Aliff ketika menunggu saat kelahiran.

Pada masa sama terdetik rasa geram juga sebaik melihat Aliff merakamkan video isterinya tengah menahan sakit. Eh, teremosi pula.

Apa pun tahniah buat pasangan sensasi ini. Semakin meriah rumah tangga mereka.

Mizz Lahar: Teringat kisah seorang selebriti yang sanggup gugurkan bayi atas sebab tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI