fbpx

23 remaja berjanji tidak buat lagi ‘prank’ pocong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengumpulkan seramai 23 remaja yang melakukan aksi 'prank' pocong di Malang baru-baru ini. - Foto Merdeka.com

JAKARTA – Polis hanya memberi nasihat dan bimbingan kepada 23 remaja yang diberkas kerana menyamar sebagai hantu pocong untuk menakutkan penduduk di Kota Malang, Jawa Timur, lapor portal berita Okenedws.

Sebelum ini, rakaman video di media sosial menunjukkan usikan hantu pocong oleh kumpulan remaja tersebut. Ia menunjukkan ‘hantu’  itu muncul ketika seorang penunggang teksi motosikal melintas di Jalan Gilimanuk, Koljen sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Pegawai polis tempatan, Syabain Rahmad Kusriyanto berkata, pihaknya telah memberikan nasihat dan bimbingan kepada 23 remaja yang membuat usikan hantu pocong itu sebagai bahan kandungan media sosial.

“Kami membenarkan ‘prank’ pocong yang beredar di sosial media tersebut dilakukan sekumpulan remaja. Kejadian itu hampir menyebabkan ada yang terbunuh,” katanya.

Menurut Syabain, aksi pocong tersebut menyasarkan pengguna jalan raya dan ia hampir menyebabkan kematian kerana seorang pengemudi teksi motosikal yang nyaris terjatuh karena terkejut.

Sementara itu, portal berita Merdeka.com melaporkan, remaja yang rata-ratanya berusia 12 tahun itu berjanji tidak lagi akan melakukan perbuatan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI