fbpx

Wanita maut dipukul suami dengan tukul besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang mengangkat mayat wanita yang dipercayai mati dibunuh suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang wanita maut akibat dipukul suaminya dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi di sini hari ini.

Mayat mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring dengan kesan kecederaan parah di bahagian dahi dan muka di ruang tamu rumah mereka pada pukul 8 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang menghantar anaknya ke sekolah telah bertengkar dengan suaminya sebaik tiba di rumah.

Suspek yang dikatakan ketakutan kemudiannya bertindak memaklumkan perbuatannya itu kepada ahli keluarga yang menetap berhampiran rumah mereka.

Dia kemudiannya dipujuk untuk menyerah diri di Balai Polis Bukit Besi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI