fbpx

Suami isteri didakwa jalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.

IPOH – Suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada dua individu, minggu lalu.

Tertuduh, Chang Cheong Chin, 51, dan isterinya, Niarini Situmorang, 31, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, Cheong Chin dan Niarini yang merupakan warga Thailand didakwa telah menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah kepada dua wanita di Hala Pulai Jaya 7, Bandar Pulai Jaya di Ipoh pada pukul 10.15 pagi, 30 Mac 2023.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 sehingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Hosna Mohamad Zikri manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), E.P. Seeralasittan.

Fatin Hosna menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada Cheong Chin manakala tiada jaminan ditawarkan kepada isteri lelaki itu kerana wanita terbabit merupakan warga asing yang tidak mempunyai alamat tetap di Malaysia.

Hakim S. Punitha membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap pasangan suami isteri tersebut beserta syarat tambahan pasport Niarini diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pada prosiding di mahkamah sama, Cheong Chin dan Niarini turut didakwa di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport milik empat individu.

Kedua-dua mereka juga mengaku tidak bersalah bagi kesalahan yang dilakukan di lokasi, masa dan tarikh yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI