fbpx

Liga Super: Gergasi Merah terus ‘kejar’ JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor meraikan gol pada perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi, -- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – Momentum cemerlang pasukan Selangor FC pada kempen Liga Super musim ini berterusan selepas bangkit menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-1 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MBPJ itu, pengendali skuad Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe masih mengekalkan ramuan berbisa dengan menyenaraikan Ayron Del Valle dan Faisal Halim untuk mengemudi jentera serangan.

Ayron yang juga pemain import dari Colombia diliah beberapa kali melakukan percubaan tepat ke atas kubu pasukan tuan rumah, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol NSFC, Sikh Izhan.

Skuad Merah Kuning tergamam apabila penguasaan pada babak pertama menjadi sia-sia selepas NSFC dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Herold Goulon pada masa kecederaan.

Bersambung pada babak kedua, Selangor memperkemaskan jentera serangan dan tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol penyamaan menerusi ledakan Faisal pada minit ke-56.

Jaringan tersebut menaikkan motivasi skuad tuan rumah untuk memburu gol kemenangan dengan Noor Al Rawabdeh melakukan percubaan tepat tetapi Sikh Izhan sekali lagi bertindak cemerlang.

Namun, tuah ternyata memihak kepada tuan rumah apabila pemain pertahanan, Shahrul Nazeem Zulpakar menanduk masuk gol kemenangan menerusi gerakan set piece pada masa tambahan dengan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor FC kini mengutip 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan manakala skuad Hobin Jang Hobin kekal dengan lapan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI