fbpx

[VIDEO] Farid jawab isu ‘bilik tak sesuai’ dakwaan Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID menafikan soal kewujudkan bilik yang tidak sesuai seperti dakwaan Diana baru-baru ini.

SHAH ALAM – “Tiada. Tiada apa-apa.”

Demikan jawapan pelakon Farid Kamil atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari tentang kewujudan bilik yang tidak sesuai didiami anak seperti didakwa isterinya, baru-baru ini.

Ketika ditanya, Farid, 42, hanya menunjukkan gerakan tangan memberi makna tidak mahu menjawab soalan terbabit.

Sementara itu, Diana, 32, ketika ditanya tentang perihal terbabit turut membiarkan apa yang dikongsikan dalam coretan Instagram tempoh hanya kekal menjadi tanda tanya ramai.

Ketika ditebak isu tersebut, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson hanya berdiam seribu bahasa seraya berlalu menuju ke kenderaan miliknya.

Terdahulu, Diana mendedahkan menerusi InstaStory bahawa Farid bertindak mengurung semalaman anak bongsunya, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadapnya kerana kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.

“Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu.

“Jadi, memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai,” tulis Diana dalam satu pendedahan menerusi Instagram beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI