fbpx

Arwah kurang bercakap, asingkan diri sebelum terjatuh laut bersama lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL Razmi (kiri) menunjukkan gambar arwah adiknya yang disimpan dalam telefon bimbitnya di Hospital Seri Manjung, Perak hari ini.

LUMUT – “Sejak beberapa hari lalu, adik saya kurang bercakap berbanding kebiasaannya. Malah, ketika kami mengadakan moreh baru-baru ini, dia beritahu macam tiada deria rasa ketika menjamah makanan,” kata Amirul Razmi, 26, ketika ditemui di Hospital Seri Manjung di sini hari ini.

Beliau adalah abang kepada Aqil Rasydan, 20, yang ditemukan maut selepas lori dipandunya terjatuh ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan, awal pagi tadi.

Menurut Amirul, sebelum kejadian itu juga, maklumat daripada rakan sekerja arwah memaklumkan Aqil Rasydan bertindak mengasingkan diri dan bersahur seorang diri.

Jelasnya, ia berbeza sebelum ini apabila adik bongsunya daripada tiga beradik itu sering bersahur bersama rakan sekerja apabila bekerja syif malam hingga pagi.

Amirul memberitahu, arwah baharu kira-kira dua bulan bekerja sebagai pemandu lori di syarikat lori milik bapa mereka, Razmi Abdullah, 49, yang mendapat kontrak membawa barang di kawasan pelabuhan tersebut.

Beliau juga dimaklumkan ketika kejadian lori dipandu arwah ada membawa muatan dan terjatuh ketika sedang membelok di kawasan jeti di pelabuhan tersebut.

Amirul bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.

Jenazah Aqil Rasydan akan dikebumikan di Kampung Masjid Lama, Beruas, selepas solat Asar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, Aqil Rasydan ditemukan lemas apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI