fbpx

[VIDEO] Aaron pesan Sharnaaz jangan masuk campur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON berharap isu bersama Syamsul tidak dihangatkan oleh pihak lain.

SHAH ALAM – Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi amaran agar aktor Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya dengan pengarah Syamsul Yusof berhubung isu digugurkan daripada filem The Original Gangster.

Peringatan tersebut diberikan Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz, 47, apabila Sharnaaz memuat naik sebuah ciapan Twitter yang memberi sokongan penuh terhadap Syamsul baru-baru ini.

“Cakap dengan dia (Sharnaaz), jangan masuk campur,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online selepas pelancaran rasmi dan jualan promosi pembukaan Jakel Shah Alam di sini hari ini.

Kata Aaron, selain Sharnaaz, dia juga mengingatkan agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan isu tersebut.

“Kepada pelakon dan individu yang tak terlibat dengan produksi, jangan beri sebarang kenyataan atau masuk campur.

“Kalau nak masuk campur, jumpa saya dulu,” katanya lagi.

Berkongsi tentang respons ahli keluarga mengenai kemelutnya dengan Syamsul, bintang filem KL Gengster berkenaan mengakui perasaan marah mula timbul selepas anaknya menangis dan kecewa apabila bapa mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Dalam pada itu, dia juga kekal dengan pendirian untuk mengikut nasihat isterinya, Datin Diyana Halik agar tidak memanjangkan isu dan bersemuka dengan Syamsul bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Saya jadi marah apabila anak menangis selepas Syamsul mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebab itulah, saya pula muat naik video tersebut.

“Benda sudah habis, isteri saya pun sudah pesan jangan beri sebarang kenyataan.

“Saya hormati permintaan isteri saya. Mungkin dia faham perangai saya macam mana,” jelasnya.

Ditanya bila kemelut dengan Syamsul akan berakhir, jawabnya: “Saya jawab secara umum, minta maaf pada ibu bapa (Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail) dahulu.”

Terdahulu, respons Sharnaaz terhadap permintaan netizen yang memintanya menarik diri dari filem The Original Gangster meraih perhatian ramai.

Menerusi ciapan Twitter tersebut, Sharnaaz menegaskan dia seorang pelakon profesional dan tidak akan menarik diri meninggalkan projek yang sudah berlangsung separuh jalan.

“Tidak, kami profesional dan tak akan tarik diri daripada projek yang belum selesai.

“Sebagai pengarah (Syamsul), dia meraih sokongan penuh dan hormat daripada saya.

“Yang tahu sahaja mengerti. Semakin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda (Aaron),” jawabnya kepada seorang pengguna Twitter.

Pada 22 Mac lalu, Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memberitahu Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster atas alasan masalah kesihatan.

Tidak berdiam diri, Aaron menerusi sebuah video Instagram membidas semua tuduhan dan dakwaan Syamsul terhadapnya termasuk mengenai masalah kesihatan iaitu sakit tengkuk.

Dia juga mendedahkan mengambil suntikan steroid demi mendapatkan bentuk badan yang sesuai untuk berlakon dalam filem The Original Gangster selain turut bersumpah dengan memegang al-Quran.

Sekadar info, The Original Gangster merupakan filem arahan Syamsul dan dibintangi oleh Sharnaaz, Beto Kusyairy dan Sofi Jikan. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonlineDatuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI