fbpx

120 pengendali makanan di Kelantan dikompaun sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua, kiri) melawat peniaga makanan di bazar Ramadan Mydin Mall, Tunjong dekat Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 120 pengendali makanan di negeri ini dikenakan notis kompaun selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKKN), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kompaun mengikut Seksyen 2B Akta Makanan 1983 bernilai RM12,000 itu dikenakan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak patuh pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, lasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih.

Menurutnya, sehingga minggu kedua Ramadan, sebanyak 1,233 gerai dan 2,470 pengendali makanan di bazar Ramadan seluruh negeri ini telah diperiksa.

“Setakat ini, tiada aduan mengenai kes keracunan makanan berlaku di seluruh negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, 91 peratus premis makanan di bazar Ramadan bersih,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Kempen Perhati dan Pilih Bazar Ramadan 2023 di pekarangan bazar Ramadan Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, sebanyak 66 bazar Ramadan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di 4,298 petak perniagaan pada tahun ini

“Sehubungan itu, JKKN telah menubuhkan 42 pasukan pemantau yang terdiri daripada 214 petugas kesihatan pelbagai kategori bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Kita turut membuat ujian terhadap sampel makanan secara rawak bagi mengenal pasti tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI