fbpx

Telekung solat Datuk Seri Vida ibarat khemah bergerak – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain telekung solat yang dipakai Vida ketika berada di sebuah masjid.

PETALING JAYA – Sentiasa tampil pelik dan berlainan daripada orang lain, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau DSV kali ini muncul pula dengan kain telekung solat berbeza dari kebiasaan.

Walaupun sering menjadi bahan tawa orang ramai, DSV tetap dengan kemahuan dirinya yang inginkan kelainan jika dibandingkan dengan orang lain.

Kali ini, telekung solat yang dikenakan beliau merupakan telekung yang begitu labuh sehingga menutup jalan dan sarat dengan manik-manik perhiasan di atasnya.

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di laman sosial TikToknya, DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.

“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.

“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di Tik Tok miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut memperli fesyen yang dikenakan oleh DSV itu dan ramai menyifatkan seperti khemah besar sedang berjalan.

“Sah ke solat pakai canopy (khemah) ni datuk seri, macamana nak rapatkan saf nanti,” kata Ceo Off Setich.

“Alhamdulillah buat amal jariah mop satu masjid, saya sentiasa sokong datuk bersihkan seluruh masjid tu,” tulis Kuku Chan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI