fbpx

Persiap infrastruktur, kemahiran sumber manusia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan MOF di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Kewangan (MOF) harus membantu menyelaraskan bidang yang kurang diberi perhatian termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.

“Saya tegaskan pelaburan RM25.5 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) serta RM170 bilion oleh China, mempunyai ‘snowball effect’ dalam pelaburan Malaysia, apabila banyak negara menunjukkan minat membuat pelaburan dalam negara.

“Pelaburan di Malaysia kian meningkat disebabkan sistem politik yang stabil dan dasar-dasar kerajaan yang jelas serta usaha awal pegawai kerajaan dalam menarik pelaburan sehingga membuahkan hasil yang begitu baik,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bulanan MOF, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang telus dan cekap dalam mempermudahkan dan melicinkan proses serta menyakinkan pelabur yang akan bermanfaat kepada negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI