fbpx

Penduduk Flat Pudu Impian cemas, terasa gegaran gempa bumi Sumatera Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk terlibat turun ke bawah kediaman mereka sebentar tadi selepas merasakan gegaran berpunca dari gempa bumi di Sumatera Utara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Penduduk di Flat Pudu Impian, dekat sini berdepan situasi cemas apabila merasai gegaran gempa bumi bermagnitud 6.2 yang terjadi di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 10.59 malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 malam.

“Pemanggil memaklumkan terasa gegaran di bangunan kediaman sebelum menggerakkan jentera untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pasukan sedang berada di lokasi dan maklumat lanjut akan menyusul.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI