fbpx

Pemandu bas gilis kaki warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meraung kesakitan ketika dikerumuni orang ramai. - Mothership

SINGAPURA – Seorang pemandu bas berusia 41 tahun di Singapura ditahan akibat kecuaian selepas melanggar seorang warga emas berusia 69 tahun ketika mangsa melintas jalan berhampiran Menara Golden Mile, lapor laman berita Mothership semalam.

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan di simpang Jalan Sultan dan Beach Road pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan), 30 Mac lalu. 

Ketika kejadian, pemandu tersebut bersiap sedia untuk mengambil penumpang dari sebuah hotel dan mendakwa tidak biasa dengan kawasan tersebut.

Dia berhenti di lampu isyarat merah dan hendak membelok ke kanan. Ketika lampu bertukar hijau, dia terlanggar mangsa tanpa disedari.

Hanya selepas orang yang lalu lalang mula menjerit dan mengetuk bas itu, barulah pemandu tersebut sedar bahawa dia telah melanggar seorang pejalan kaki.

Sebaik sahaja melihat kaki wanita itu tersepit di bawah tayar, pemandu tersebut masuk semula ke dalam bas untuk mengalihkan kedudukan tayar. Kaki mangsa mengeluarkan darah dengan banyak dan dia meraung kesakitan.

Polis kemudian menghantar mangsa ke hospital manakala pemandu bas itu ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI