fbpx

Pakai baju sendat, perut buncit, Kajol dipersenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN selamba Kajol dijadikan bahan lawak oleh segelintir peminat.

Kehadiran aktres popular Kajol di majlis tayangan filem suaminya, Ajay Devgan dengan mengenakan gaun agak sendat meraih perhatian ramai.

Bukan persalinan hijau yang dipadankan dengan jaket panjang bukan menjadi punca dia menjadi tarikan mata ramai, sebaliknya keadaan perut pelakon itu yang diperhatikan.

Menerusi media sosial, ada netizen yang berani mengejek perutnya dengan menyifatkan keadaan buncit itu seperti wanita hamil.

Tidak kurang juga ada yang meminta orang terdekat segera tampil membantu bintang berusia 48 tahun itu supaya bijak memilih baju untuk digayakan di hadapan umum.

Pada tayangan filem aksi berjudul Bholaa tersebut, Kajol kelihatan yakin berjalan sambil menyapa paparazi yang rancak merakam pergerakannya setiap masa.

Dalam media sosial pula, rata-rata mengakui ‘sakit mata’ melihat gaya Kajol yang didakwa seolah-olah seperti sengaja menonjolkan bahagian lemak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI