fbpx

Michelle Yeoh ‘balik kampung’ jumpa ibu, peminat 18 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE Yeoh akan pulang ke Malaysia menyambut hari ulang tahu kelahiran ibunya pada 18 April ini.

PETALING JAYA – Seperti dijanjikan, satu-satunya anak Malaysia penjulang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh bakal pulang ke tanah air dua minggu lagi bagi menyambut ulang tahun ibunya, Datin Janet Yeoh.

Malah aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu turut dijadualkan bertemu peminat pada acara karpet merah yang akan berlangsung di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April ini, pukul 5 petang.

Difahamkan orang ramai yang ingin mengikuti acara membabitkan bintang kebanggaan negara itu tidak perlu membuatkan sebarang pendaftaran, sebaliknya hanya terus hadir.

Pada sebelah malamnya pula, Yeoh bakal menghadiri majlis makan malam istimewa yang dianjurkan bagi meraikan sambutan hari lahir ke-84 ibunya.

Pada 13 Mac lalu menyaksikan detik bersejarah buat bintang Hollywood itu sebaik memenangi Oscar di Anugerah Akademi Ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang turut diikuti ibunya secara langsung di Dadi Cinema, Pavilion.

Melalui penampilan dalam filem Everything Everywhere All At Once, beliau diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik mengenepikan empat pencabar terdekat termasuk Cate Blanchett.

Yeoh bukan saja mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang dicalonkan dan memenangi Oscar, malah menjadi bintang Asia pertama meraih kategori utama dalam anugerah berprestij tersebut.

Dalam ucapan sebaik merangkul trofi bersalut emas 24 karat itu, beliau berjanji akan membawa trofi idaman ramai berkenaan ke rumah.

“Saya sayangkan anda semua dan saya akan bawa pulang (trofi Oscar) ini kepadanya. Dia (ibu) sedang menonton sekarang di Malaysia, KL, bersama keluarga dan rakan-rakan saya.” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI