fbpx
Suspek warga tempatan berjaya diberkas di kawasan Kampung Seronok, Bayan Lepas, semalam.

Lelaki bujang kantoi intai isteri orang dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang lelaki bujang diberkas semalam, selepas perbuatannya mengintai jiran wanita yang juga isteri orang ketika berada di dalam rumah di Kampung Seronok, Bayan Lepas, di sini, terbongkar.

Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis Daerah Barat Daya di kawasan kampung berkenaan sebaik laporan kejadian dibuat suami mangsa.

Menurutnya kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), hasil soal siasat mendapati, perbuatan tersebut dikesan telah dilakukan beberapa kali oleh suspek.

“Kes disiasat di bawah seksyen 509 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Difahamkan, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu juga didapati negatif sebarang pengambilan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN