fbpx

Lelaki ada 33 rekod lampau jadi dalang sindiket pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Dua lelaki termasuk dalang sindiket kes pecah rumah yang mempunyai 33 rekod jenayah lampau sejak 1997 diberkas pihak polis dalam dua serbuan berasingan di Selangor.

Dalang berusia 40 tahun dan rakan sejenayah 30 tahun masing-masing diberkas di Puchong pada 1 April serta di Petaling Jaya, semalam oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat susulan satu laporan yang diterima berhubung kes pecah rumah melibatkan kerugian RM2,000 di Taman Gadong Perdana di sini pada 30 Mac lalu.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki berjaya diberkas di Selangor termasuklah dalang yang menjalankan sindiket pecah rumah jenis teres setingkat ini.

“Pasukan polis turut merampas telefon bimbit, pakaian dipakai suspek, sebuah Perodua Myvi yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah, alatan pecah rumah dan resit jual beli barang kemas bernilai kira-kira RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, hasil semakan lanjut mendapati, dalang yang diberkas mempunyai 32 rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah kenderaan dan satu kes dadah sejak 1997.

Mengulas lanjut beliau berkata, susulan penangkapan itu polis berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes pecah rumah yang berlaku dalam daerah Melaka Tengah.

“Empat kes dilakukan oleh dalang ini secara solo dan satu kes bersama rakan sejenayahnya.

“Kedua-dua suspek yang berasal dari Klang dan Johor Bahru itu juga mempunyai satu kes pecah rumah di Johor,” jelasnya.

Katanya, kedua-dua mereka kini direman sehingga 6 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI