fbpx

Tiada doktor kontrak mogok di Kedah, operasi di hospital lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar berjalan seperti biasa pada pagi ini.

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah tidak mengesan sebarang tindakan mogok dalam kalangan doktor kontrak di seluruh hospital dan klinik kesihatan negeri ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan doktor kontrak yang mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan serentak ekoran tindakan digerakkan kumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia di seluruh negara itu.

“Alhamdulillah, setakat ini tidak ada laporan dari hospital dan klinik kesihatan tentang doktor kontrak yang mengambil cuti sakit atau kecemasan serentak. Tiada tindakan luar biasa.

“Begitu juga tiada perhimpunan atau poster-poster berkaitan mogok ini dikesan di semua hospital atau klinik kesihatan di seluruh negeri ini. Semua masih terkawal,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI