fbpx

PM berbuka bersama barisan Kabinet, penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Wan Azizah beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Seri Perdana hari ini. FOTO FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyemarakkan keberkatan Ramadan kali ini dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama barisan Kabinet dan kumpulan penjawat awam di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim selain duta dan perwakilan asing.

Turut kelihatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam ucapan alu-aluannya, Perdana Menteri berkata, sambutan Ramadan kali ini diharap dapat meningkatkan darjat ketakwaan umat Islam.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perwakilan asing dan duta-duta kerana sudi hadir dalam majlis ini sama ada anda berpuasa atau sebaliknya, kita nikmati majlis iftar ini, inilah semangat Malaysia.

“Semoga ia akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin. Mewakili kerajaan Malaysia, saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir,” katanya.

Dalam majlis itu, Anwar turut mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Sungai Besi.

Mengikut jadual, Anwar bersama hadirin turut menunaikan solat maghrib, isyak dan solat tarawih selepas majlis berbuka puasa. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI