fbpx

Malaysia, Mesir jalin kerjasama perangi jenayah antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bersalaman dengan Ragai Tawfik Said Nasr ketika mengadakan pertemuan di pejabatnya hari ini

PETALING JAYA – Malaysia dan Mesir akan saling bekerjasama dalam usaha memperkukuh kerjasama peringkat antarabangsa bagi memerangi pengganas, kumpulan pelampau, sindiket dadah dan jenayah siber.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama itu akan dimulakan selepas lawatan Duta Besar Mesir, Ragai Tawfik Said Nasr dipejabatnya hari ini.

Jelasnya, hubungan dua hala Malaysia – Mesir telah melalui pelbagai fasa anjakan kerjasama, pengalaman dan bakal menjengah ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik pada tahun 2024.

“Bertitik tolak dari hubungan diplomatik ini, perbincangan tadi berkisar kepada beberapa tumpuan antaranya usaha memperkukuh kerjasama peringkat antarabangsa dalam memerangi pengganas, kumpulan pelampau, sindiket dadah dan jenayah siber,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hasrat tersebut akan diterjemah melalui pemeteraian memorandum persefahaman Kuala Lumpur – Kaherah bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang akan disempurnakan sedikit masa lagi.

“Insya-Allah, langkah-langkah konstruktif akan terus diteroka bagi meningkatkan hubungan kerjasama demi faedah rakyat kedua-dua negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI