fbpx

Lumina Bedong beri nafas baharu buat komuniti setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKARAN artis berhubung pembangunan Lumina Bedong di Kedah.

PETALING JAYA – Divisyen hartanah PPB Group Berhad, PPB Properties melancarkan Lumina Bedong yang merupakan perbandaran pertama di kawasan berkenaan dan dijangka bakal memberi nafas baharu buat komuniti setempat.

Perbandaran di atas tanah pegangan bebas seluas 92 hektar itu menawarkan kira-kira 1,500 unit rumah teres mampu milik, selain komponen komersial dan kemudahan rekreasi.

Apabila siap, perbandaran itu akan menempatkan taman seluas 2.2 hektar yang merupakan taman rekreasi terbesar di kawasan tersebut, memberikan peluang kepada penduduk untuk menikmati kemudahan seperti trek berjoging dan berbasikal, laluan refleksologi dan kawasan permainan kanak-kanak.

Ia bakal turut menampilkan hab komersial seluas 9.3 hektar yang akan memacu perniagaan baharu, menyediakan peluang pekerjaan serta menarik orang ramai ke Bedong.

Sebagai sebahagian daripada Fasa 1, PPB Properties akan melancarkan 221 unit rumah teres 1.5 tingkat dan satu tingkat yang dilengkapi taman seluas 0.9 hektar dengan pelbagai kemudahan termasuk gelanggang futsal, denai jogging serta gimnasium terbuka dan tanah permainan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPB Properties, Low Eng Hooi berkata, dengan pembangunan Lumina Bedong, pihaknya bersedia untuk merancakkan semula dan mengubah landskap Bedong.

“Kami berharap dapat memacu landskap sosio-ekonomi kawasan itu melalui komponen kediaman, komersial dan rekreasi kami.

“Syarikat yakin bahawa Lumina Bedong akan berkembang menjadi sebuah perbandaran yang meriah pada masa hadapan, menjadikannya lokaliti utama di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Lumina Bedong mempunyai anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM900 juta dengan sasaran siap pada tahun 2035. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI