fbpx

Kenyataan Diana bercanggah dengan laporan polis – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon popular Farid Kamil mendakwa kenyataan yang dikeluarkan  isterinya, Diana Danielle berhubung masalah dalam kain mereka dalam media sosial adalah fitnah dan rekaan semata-mata.

Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, memberitahu, semua penulisan Diana dalam Instagram adalah berlainan daripada yang dilaporkan kepada pihak polis.

“Assalamualaikum. Sebagai makluman ‘umum’ ke atas kenyataan Diana Danielle
Danny Beeson dalam InstaStory.

“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat,” katanya dalam beberapa perkongsian InstaStory petang tadi.

Tangkap layar perkongsian Farid Kanil dalam InstaStorynya.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu juga nekad mahu membawa semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya ke muka pengadilan.

“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah,” ujarnya.

Sejak semalam, perbalahan antara Farid dan Diana memasuki episod baharu apabila timbul isu Aurora trauma kerana dimarahi susulan insiden memetik cili di rumah jiran.

Tidak terhenti di situ, hari ini aktres filem Magika itu sekali lagi memuat naik hantaran mendakwa suaminya masih belum memberi nafkah sejak empat bulan lalu, selain tidak membayar semua kos perbelanjaan mereka sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Selepas proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) baru-baru ini, Diana juga, menyebut perkataan ‘tanggungjawab’ adalah alasan mengapa dia nekad untuk bercerai dengan suaminya selain mengatakan bahawa Aurora kini trauma.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI