fbpx

Rugi RM9.7 juta dalam tiga bulan akibat jenayah komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yoosuf (kanan) menunjukkan perkhidmatan disediakan pihak polis bagi menangani masalah penipuan dalam talian di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kes jenayah komersial di negeri ini membimbangkan apabila merekodkan kerugian berjumlah RM9.7 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam tempoh antara Januari hingga Mac itu juga, sebanyak 1,710 laporan polis diterima berkaitan jenayah komrsil dengan 564 kertas siasatan telah dibuka.

“Penyumbang utama kesalahan kes jenayah komersil bagi tempoh berkenaan adalah kesalahan tipu dalam talian yang mencatat 478 kes dengan jumlah kerugian RM6,948,138.52.

“Sebanyak 33 peratus dari jumlah kes melibatkan tipu e-belian manakala sebanyak 17 peratus membabitkan penipuan tawaran kerja yang mana kedua-dua kes mencatatkan jumlah paling tinggi,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka menyaksikan sebanyak 260 kertas siasatan telah dituduh dengan kadar peratusan 46.1 peratus.

Dalam pada itu katanya, bersasarkan data diterima, pekerja sektor swasta merupakan antara mangsa tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 229 kes diikuti mangsa daripada sektor kerajaan iaitu sebanyak 69 kes.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga, polis berjaya membuat tangkapan ke atas 319 suspek kes jenayah komersil dengan tangkapan tertinggi adalah bagi kes tipu iaitu sebanyak 303 tangkapan yang kebanyakannya adalah merupakan pemilik akaun.

“Perbandingan jumlah tangkapan yang telah berjaya dibuat berbanding tempoh sama pada tahun lalu adalah sebanyak 230 tangkapan tahun lalu berbanding 319 tahun ini dengan peningkatan sebanyak 89 tangkapan iaitu bersamaan dengan 38.7 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI