fbpx

Wanita selamba tangkap ular sawa 3 meter dengan tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suharni berjaya menangkap ular sawa sepanjang 3 meter dengan menggunakan tangannya di Kota Semarang pada bulan lalu. - Foto Kompas.com

JAKARTA  – Seorang wanita, Suharni  menjadi popular di media sosial selepas video dia menangkap ular sawa sepanjang 3 meter  di Kota Semarang, wilayah Jawa Tengah,  menjadi tular di media sosial, lapor portal berita Kompas.com hari ini.

Dia yang berusia 48 tahun dan tinggal di Perumahan Bringin Lestari, Mukim Ngaliyan mengaku aksinya menangkap reptilia itu sempat dirakam  oleh penduduk setempat.

“Saya tidak menyangka ia  menjadi tular. Saya juga tidak tahu kalau (aksinya menangkap ular) telah  dirakam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya kelmarin.

Suharni memberitahu,  kejayaan menangkap ular itu berlaku pada 21 Mac lalu sekitar pukul 7.44 pagi (waktu tempatan) ketika dia hendak membeli sayur, namun tiba-tiba dipanggil oleh seorang penduduk untuk menangkap haiwan tersebut. 

Wanita itu  pergi ke lokasi kejadian dan melihat ular tersebut sedang melilit seekor kucing, menyebabkan dia segera menangkap ular tersebut dengan menarik ekornya dari sebuah parit.

“Dulu, (saya) pernah menangkap ular di lokasi yang sama. Tetapi tidak berjaya kerana (ular itu) berat. Panjangnya juga sekitar 3 meter,” ujarnya.

Setelah beberapa saat, Suharni berhasil menangkap ular tersebut sebelum dia dibantu oleh  beberapa orang lagi penduduk kampung. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN