fbpx

[VIDEO] Hannah Yeoh dipuji ada bakat baca berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Hannah ketika menyampaikan berita sukan, semalam.

PETALING JAYA – Kemunculan sulung Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil sebagai pembaca pemberita menerusi saluran Berita Perdana, RTM1, menerima reaksi positif orang ramai.

Beliau tampil menunjukkan bakat membaca berita sukan itu khas sempena ulang tahun RTM ke-77 selama dua hari, bermula semalam.

“Saya baca berita sukan sempena ulang tahun @beritartm yang ke-77. Maafkan saya jika tidak sempurna,” tulisnya di Instagram bersama video ketika membaca berita tersebut.

Rata-rata memuji kebolehan yang dimiliki Hannah dan menyifatkan ia setanding dengan pembaca berita profesional.

“Wah, ada bakat terpendam yang asli. Semula jadi bakat terpendam sebagai pembaca berita sukan YB ni!,” komen Stephensullang.

“Sedap telinga mendengar dan mata memandang,” puji Asrizz88 pula.

“Ada gaya, mutu, keunggulan,” kata Normgoh11. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI