fbpx

Penganjur dikecam jemput Dolla ke majlis ada pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ketika kumpulan muzik Dolla membuat persembahan di sebuah hotel yang turut dihadiri pelajar-pelajar tahfiz.

PETALING JAYA – Penganjur sebuah program menerima kecaman hebat orang ramai dan dianggap tidak menghormati kehadiran pelajar-pelajar tahfiz ke majlis tersebut.

Video yang dikongsikan di Facebook Viral Apa Harini memaparkan beberapa pelajar tahfiz di dalam video tersebut berada dalam keadaan ‘serba-salah’ ketika kumpulan muzik popular tanah air itu membuat persembahan di sebuah hotel, di ibu negara.

Orang ramai rata-rata menggesa supaya pihak penganjur lebih prihatin dan menghormati pelajar-pelajar tahfiz yang terkenal dengan amalan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.

“Kasihan mereka, siapa penganjur ni? Mereka semua tak tengok mana pun televisyen lebih-lebih lagi rancangan lalai, menari, menyanyi, artis-artis dan fokus kepada hafaz al-Quran. Kemudian kita pula dedahkan mereka. Kena sensitif dan buat kajian sikit sebelum jemput, ” komen seorang pengguna.

“Kasihan anak-anak tahfiz elok-elok dalam dada ada hafalan al-Quran berjuzuk-juzuk, silap tempat akhirnya akan ada yang terlupa hafalan. Nak kata penganjur jahil, mustahil tiada seorang pun yang berilmu. Biar pun majlis bertujuan baik, namun bila bercampur dengan benda yang melalaikan tetap akan merosakkan generasi penghafal al-Quran,” kata Panji Khalifah.

“Satu penghinaan kepada anak-anak tahfiz pada pandangan saya. Cetek sangat ilmu penganjur,” tegas Siti.

Sehingga kini, hantaran video tersebut menerima 4,700 jumlah komen dan 1,200 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI