fbpx

Nafi abai anak, Sam Bunkface tak culas bayar nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enggan berdiam diri, vokalis kumpulan Bunkface, Sam menepis tuduhan bekas isterinya, Aida Azira Hussin berhubung dakwaan mengabaikan  tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Maleeq.

Pemilik nama penuh Shamsul Anuar Baharom itu berkata, dia perlu bersuara bagi membersihkan namanya serta keluarga.

“Saya tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.

“Saya siap bayar lebih dan menjaga Maleeq selama dua minggu, bergilir dengan Aida setiap bulan,” katanya menerusi penjelasan dalam video yang dikongsi dalam Instagram.

Penyanyi berusia 35 tahun itu juga mengulas punca mengajukan permohonan pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan.

“Penjagaan Maleeq adalah sama rata, saya dua minggu, Aida pun jaga dua minggu dalam masa sebulan.

“Masuk akal tak, saya mohon pindaan ini ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika punca pendapatan saya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaan saya terjejas.

“Walau tanggungjawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih melaksanakan tanggungjawab dengan menjaga Maleeq selama dua minggu tanpa gagal, manakala nafkah tetap dibayar setiap bulan.

“Kos saya menjaga Maleeq selama dua minggu lebih kurang RM250, kenapa dia jaga sampai RM1,300?”, luahnya lagi.

Menerusi hantaran sama, Sam turut mendedahkan tidak berjumpa anaknya dalam tempoh yang agak lama disebabkan Aida memindahkan Maleeq ke Melaka  tanpa persetujuannya.

“Kali terakhir saya jumpa Maleeq adalah pada 19 Disember tahun lalu. Apa yang lima hingga enam bulan? Baru tiga bulan belum berjumpa. Itu pun disebabkan ada halangan.

“Aida letak Maleeq dekat Masjid Tanah, Melaka sejak Julai tahun lalu tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Sebulan lebih saya tanya di mana Maleeq, dia jawab ‘talk to my lawyer’.

“Saya risau jadi saya hantar surat kepada peguamnya, tetapi tiada sebarang respons. Selepas beberapa kali ditanya, barulah Aida beritahu Maleeq di Melaka.

“Masalahnya Aida kerja di Kuala Lumpur, jadi siapa yang jaga Maleeq di sana? Rupa-rupanya dia tak jaga (tetapi) nenek Maleeq yang jaga. Nafkah tetap minta dengan jumlah tinggi,” dakwanya.

Sam juga tertanya-tanya mengenai dakwaan Aida yang kononnya mengetahui keadaan kewangannya menerusi media sosial.

“Saya tak pernah tunjuk susah atau senang dalam media sosial. Kenapa nak menilai saya berdasarkan media sosial?,” tambah Sam.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI