fbpx

Maut di LPT 2 sebelum sempat beli pakaian raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa mangsa di KM 325.2 LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Hasrat empat orang sahabat untuk membeli pakaian raya tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 325.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Plaza Tol Kerteh di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa, Mohamad Fakhrul Alias, 32, yang berasal dari Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Tiga rakannya iaitu Affizie Mohd, 36; Azuan Rossi Mohd, 29, dan Muhammad Aqilfikri Azamani@ Azman pula terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, empat sahabat berkenaan dikatakan dalam perjalanan untuk membeli pakaian raya di Kuantan, Pahang dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Honda City dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta terbabit kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh besi pembahagi jalan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak kemalangan tersebut telah menyebabkan dada Mohamad Fakhrul telah terhentak pada stereng kereta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI