fbpx

Liga Super: Sri Pahang, Kedah sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman cuba diasak oleh kapten KDA FC, Manuel Ott pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

KUANTAN – Gagal kekal fokus pada minit-minit akhir masih menghantui Sri Pahang apabila terikat 1-1 dengan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Walaupun Sri Pahang berjaya mendahului Kedah tetapi tiga minit masa tambahan separuh masa kedua Kedah berjaya mengikat Sri Pahang untuk berkongsi satu mata pada minit ke tiga masa tambahan sebelum wisel penamat.

Di awal perlawanan, anak buah Mohd Nafuzi Zain tampak tidak sabar untuk merobek gawang Sri Pahang melalui serangan bertali arus ke arah pintu gol yang di kawal Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Dalam tempoh 30 minit, Pertahanan Sri Pahang terpaksa bekerja keras menahan asakan penyerang pelawat yang menguasai setiap penjuru padang.

Bekas pemain Sri Pahang, Manuel Hidargo nyata menjadi seperti duri dalam daging untuk sentiasa mengatur gerakan dari bahagian tengah bagi menembusi benteng Sri Pahang.

Bagaimanapun pertahanan Sri Pahang masih berupaya membantu Mohd Izham Tarmizi menafikan peluang Kedah walaupun pelawat dihadiahkan dengan tiga sepakan sudut dalam tempoh itu.

Selepas sering diasak, Sri Pahang turut mencipta peluang untuk mendahului skuad Kedah melalui gandingan Lucas Di Silva dan Kpah Sherman yang pertama kali digandingkan di bahagian serangan akibat kecederaan berpanjangan yang di alami Lucas.

Peluang terbaik Lucas mencatat nama selaku penjaring gol hadir pada minit ke-40 selepas tandukannya di tangkap kemas penjaga gol Kedah.

Peluang yang hadir dua minit kemudian juga tidak menjadi selelpas tendanganya dalam kotak penalti Kedah berjaya ditepis keluar Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi menyaksikan tiada gol dihasilkan di separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, anak buah Fandi Ahmad pula berjaya mengimbangi perlawanan dengan melalui gerakan yang sering mengancam kubu pelawat.

Akhirnya Sri Pahang berjaya mendahului Kedah 1-0 pada minit ke-62 melalui sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Stefano Brundo.

Sri Pahang berpeluang untuk menambah jaringan tetapi tendangan penalti yang di ambil Lucas pada minit ke-86 hanya tinggi melepasi palang gol.

Sebaliknya, Sang Kenari berjaya memusnahkan hasrat Sri Pahang mencatat kemenangan ke tiga di tempat sendiri melalui jaringan Jonathan Dos Reis pada minit 93 untuk keputusan seri 1-1. – ASZAHARI ALI / KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI