fbpx

Kongsi makan dengan kucing, Abil tak jijik ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIKAP Nabila yang tidak kisah berkongsi makanan dengan kucing mengundang perdebatan peminat.

PELAKON Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila kali ini dilihat berkongsi makanan yang sama dengan kucing belaannya, Akiko.

Mungkin bagi sesetengah orang, perlakuan Nabila itu kelihatan sangat menjijikkan kerana berkongsi bekas dan makanan yang sama dengan haiwan.

Tapi nampaknya Nabila atau Abil selamba berkongsi makanannya dengan kucing kesayangannya.

Menerusi video yang dimuat naik Nabila dalam Instagram miliknya, kelihatan pelakon itu sedang menikmati makanan berupa bijirin yang dicampur susu. Mungkin ketika waktu bersahur kot?

Sambil suap ke mulut sendiri, kucing kesayangannya, Akiko turut dilihat makan bersamanya di mangkuk yang sama. Boleh nampak Akiko menjilat-jilat air susu yang ada dalam mangkuk tersebut.

Nabila sedikit pun tidak menghalang kucingnya daripada terus menjilat makanannya kerana menganggap tindakannya berkongsi makanannya dengan Akiko bukanlah suatu hal yang besar.

Tapi dalam ruangan komen, netizen pula berdebat. Ada yang suka, ada juga yang mengkritiknya.

Walaupun ramai yang memuji tindakan Nabila sebagai pencinta haiwan yang penyayang, ada yang turut merasa ‘kembang tekak’ melihatnya berkongsi makanan dengan kucing.

“Kucing kalau basuh berak pun guna lidah diakan (menjilat)?” kata seorang netizen.

“Teringin nak buat begini dengan kucing saya. Tapi bila teringat dia suka jilat punggung, tak jadi nak kongsi,” ujar seorang lagi netizen.

Tidak berdiam diri, Nabila menerusi ciapan dalam Twitter tampil bersuara terhadap komen negatif yang ‘geli’ melihatnya berkongsi makanan dengan kucingnya itu.

“Bukan main orang komen geli pasal saya kongsi susu dengan kucing. Sebenarnya saya ada jawapan untuk membalasnya. Tapi bulan Ramadan ini, jawapan itu agak sensitif.

“Tak mengapa, saya simpan. Rasa tak manis pula sebab jawapan itu buat orang bayangkan dan malu sendiri nanti,” katanya.

Kalau Diva sendiri, belum sempat kucing nak menjilat makanan Diva, awal-awal lagi dah kena jentik telinga. Biasa dia!

DIVA: Ramai telan air liur bila usahawan Iqbal Zulkefli kongsi video kucingnya bernama Buya dan Pablo yang berharga RM15,000 seekor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI