fbpx

Kami bukan scammer – Emraz Travel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (Emraz) sedang berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan isu lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang digantung hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata, sama seperti syarikat pelancongan lain, pihaknya juga berdepan dengan proses pemulihan pasca pandemik Covid-19.

“Selain berdepan dengan proses pemulihan, Emraz juga menghadapi kenaikan luar biasa harga tiket dan juga hotel di Tanah Suci.

“Sebelum ini Emraz telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah sekali gus membukti syarikat ini bukan ‘scammer’, malah tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu Zulkarnain turut mengucapkan terima jasih kepada TH atas kesudian pihaknya menawarkan PJH sebelum ini.

Terdahulu, TH telah menggantung lesen PJH Emraz selepas menerima beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah syarikat tersebut.

TH dalam satu kenyataan berkata, penggantungan lesen itu juga sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI