fbpx

Polis rampas 3 guni, 26 kotak mercun dan bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas tiga guni dan 26 kotak berisi mercun dan bunga api dalam serbuan di Taman Desa Jaya, Johor Bahru, semalam

JOHOR BAHRU – Sebanyak tiga guni dan 26 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM8,000 dirampas polis dalam serbuan ke rumah di Taman Desa Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam serbuan pukul 5.10 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan petang semalam, sepasukan polis dari Pasukan Polis Marin Pengerang telah membuat serbuan di sebuah rumah. Polis menahan seorang lelaki kerana didapati memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen.

“Anggaran nilai rampasan sebanyak RM8,000. antara mercun yang dirampas adalah pelbagai jenis mercun dan bunga api jenama Happy Boom, mercun pop pop dan mercun bola,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan lesen daripada pihak polis. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mercun, boleh membuat aduan di balai polis terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI