fbpx

Peruntukan RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN mengadakan lawatan kerja ke CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah bagi meninjau keadaan kesesakan di pintu sempadan Malaysia-Singapura.

GELANG PATAH – Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini bakal berwajah baharu apabila dinaik taraf seterusnya dapat mengatasi masalah kesesakan di pintu masuk negara.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan kelulusan permohonan peruntukan hampir RM45.5 juta dalam melaksanakan empat projek di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihak kementerian dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yakin peruntukan itu dapat diluluskan selepas permohonan dibuat dan melalui perbincangan beberapa agensi termasuk Pejabat Belanjawan Negara (MBO).

“Hari ini, saya ingin membuat susulan dan melihat sendiri apakah yang boleh dibantu Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan keputusan-keputusan yang berkaitan.

“Apa yang saya boleh bantu tentunya menimbangkan permohonan-permohonan peruntukan yang tertentu. Terdapat empat projek yang dikenal pasti yang mana kita anggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM45.5 juta.

“Kalau boleh, kita harap tahun ini dapat luluskan kerana isu keseskan sudah menjadi isu besar, jadi segala perkara yang boleh disiapkan segera akan disiapkan segera terutamanya dari segi meluluskan peruntukan ini,” katanya sidang media selepas mengadakan lawatan ke CIQ, KSAB di sini, hari ini.

Ahmad berkata, antara projek yang akan dilakukan ialah penambahan akses laluan masuk ke zon menunggu bagi kenderaan berat import dan eksport serta menggabung dan membina bumbung dewan bagi penumpang yang menaiki bas ‘inbound’ dan ‘outbound’.

Katanya, peruntukan yang sama juga akan digunakan bagi menambah baik kemudahan sedia ada seperti kafe, surau dan tandas selain membuka laluan kontra daripada Malaysia ke Singapura.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI