fbpx

Penyondol tak putus asa dalam Isteri Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Uqasha dalam Isteri Halal kena benar dengan situasi semasa.

ISU penyondol memang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini, sama halnya juga dengan drama Isteri Halal.

Watak sensasi bernama Eyra lakonan Uqasha Senrose turut menjadi bualan ramai selepas berjaya membuatkan jiwa penonton membara-bara.

Dalam drama tersebut, Eyra menggoda dan merampas suami teman baiknya sendiri iaitu Zayn, lakonan Aidit Noh.

Penipuan demi penipuan dilakukan Eyra dan Aidit bagi menutup hubungan sulit mereka.

Meskipun terlarang, Eyra tidak berputus asa untuk mendapatkan Zayn walaupun perlu kehilangan teman baik dan keluarga sendiri.

“Geramnya dengan watak penyondol lakonan Uqasha. Memang menjadi!” komen netizen

Drama arahan Uchee Fukada itu kini hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap hari pada pukul 6 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI