fbpx

[VIDEO] Penunggang leka dengan telefon pintar langgar kereta Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang leka bermain telefon pintar sebelum terlanggar kereta Alza yang berada disebelahnya.

PETALING JAYA – Akibat leka bermain telefon pintar di atas jalan raya, penunggang motosikal tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh kereta jenis Perodua Alza.

Video rakaman papan pemuka berdurasi tujuh saat dikongsikan oleh pengguna Farith Azlan di Facebook pagi ini.

Menerusi perkongsian terbabit, penunggang motosikal dilihat leka dengan telefon pintarnya menggunakan tangan sebelah kiri sebelum berlaku kemalangan.

“Tangan kiri main telefon, tangan kanan pegang ‘handle’ dan hilang kawalan,”tulis Farith dalam hantaran terbabit.

Rakaman insiden berkenaan mengundang kecaman daripada pengguna yang lain selain bersimpati kepada nasib pemilik kereta.

“Kereta alami kerosakan macam mana mahu baiki? Insurans motosikal mana cukup,”ujar Mohd Zulkifli Mok Tengoh.

“Putar belit cerita sikit, nanti ramai-ramai geng motosikal bantai pemandu kereta,”kata Hazman Kim.

“Disebabkan kecuaian kau, orang lain jadi mangsa. Raya dah dekat,”komen Muhammad Hasif Haziq. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI